Jumat, 14 Maret 2014

Sedikit mengupas tentang syi'ah....

Kalau kita lihat nama Syiah, dari segi bahasa arab ia bermaksud penyokong serta teman atau pengikut. Tapi yang lebih penting adalah dari segi istilahnya; ia merujuk kepada kumpulan manusia atau fahaman yang mengangkat Saidina Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anh melebihi para Sahabat yang lain, khususnya di dalam masalah khalifah, di mana mereka mengatakan bahawa Saidina Ali yang paling layak menjawat jawatan khalifah sesudah kewafatan junjungan besar kita Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
Mereka menolak ketiga-tiga khalifah yang datang sebelum Sayyidina Ali, karena Sayyidina Ali adalah khalifah keempat selepas Abu Bakar, Omar Al-Khattab, dan Othman bin Affan. Mereka menolak ketiga-tiga khalifah ini dengan menganggap mereka telah memikul jawatan khalifah itu secara tidak sah, bahkan secara zalim.
Ini defenisi orang Syiah. Mereka mengangkat Ali, bahkan menganggap hanya keturunan Ali saja yang layak untuk memegang jawatan Khalifah.
Ringkasnya, Syiah memperkatakan sesuatu yang tidak layak serta merendahkan kedudukan khulafa al-Rasyidin, para sahabat dan sebagian isteri-isteri Nabi SAW. Inilah perkara pokok yang membedakan golongan Syiah daripada golongan-golongan Islam yang lain terutamanya Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ulama terkenal, Syeikh Sa’id Hawwa dalam sebuah risalahnya berkaitan Syiah menerangkan beberapa penyelewengan mereka.
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Syiah percaya bahwa para imam mereka adalah maksum sehingga bebas daripada dosa atau tidak berdosa. Menurut Syiah lagi, para Imam Syiah bebas daripada kesalahan, ghaflah (lalai) dan lupa sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja serta kedudukan imam itu mengatasi kedudukan kenabian.

Perkara ini menurut ulama Syiah adalah ijmak atau kesepakatan golongan terdahulu dan terkemudian Syiah. Oleh karena itu para imam Syiah mempunyai kuasa mutlak dan hak serta pemilihan dalam menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Kedua : Syiah percaya bahawa al-Quran yang wujud di tangan kaum muslimin pada hari ini telah mengalami perubahan. Perkara ini diakui oleh ulama mereka seperti al-Kulaini dan Muhammad Baqir al-Majlisi dalam karangan mereka. Syiah mendakwa mereka memiliki al-Quran yang disebut sebagai “Mashaf Fatimah” dan tiga kali lebih banyak daripada al-Quran yang kita miliki.

Lihatlah bagaimana orang Syiah menganggap bahwa Al Quran yang ada di tengah-tengah kita belum sempurna. Mereka menyatakan bahawa hanya Ali bin Abi Talib yang boleh mengumpulkan Al Quran.

Secara langsung orang Syiah telah membantah firman Allah SWT :

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Maksudnya : “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu.” (Surah Al Maidah ayat 3).

Ayat ini menunjukkan bahawa Islam telah sempurna, begitu pula Al Quran.
Ketiga : Syiah tidak mengiktiraf hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh kebanyakan para sahabat seperti Abu Hurairah r.a, Samrah bin Jundub r.a, Amr bin al-Ass r.a. dan sebagainya. Syiah juga menolak hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.ha.
NA'UZUBILLAH ...